Sunday, 27 March 2016

Syurga Ilmu

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh

Alhamdulillah baru-baru ini telah berlangsungnya Pesta Buku Peringkat Universiti Utara Malaysia 2016 bertarikh 20-26 Mac 2016 yang bertempat di foyer perpustakaan Sultanah Bahiyah, UUM.

Pelbagai jenis buku-buku yang boleh didapati di pesta tersebut dari aspek keagamaan hingga kepada buku jenis berkaitan falsafah. Pelajar-pelajar UUM begitu teruja dengan penganjuran pesta seperti ini. Tambahan pula, pelajar baru sahaja memperoleh Baucer Buku 1 Malaysia(BB1M) yang dapat mengurangkan kos pembelian buku yang dikehendaki sama ada untuk pembelajaran atau penambahan maklumat.
salah seorang pelajar sedang memilih buku
Bagi saya pula, saya lebih suka mecari buku tentang politik yang mana dapat menambahkan maklumat dalam pembelajaran kerana berkait dengan jurusan. Banyak buku-buku yang saya memperolehi daripada pesta tersebut. Pesta buku ini seakan taman syurga bagi yang memanfaatkannya. 

Selain itu, buku-buku berkaitan agama juga banyak terdapat di sini. Dengan ini, ia juga dapat membantu pelajar beragama islam mendalami maklumat dalam hal-hal berkaitan dengan hukum dan juga dari pelbagai aspek yang lain.


Oleh itu, pelajar harus mengambil kesempatan dan peluang apabila pesta-pesta seperti ini yang mampu memberikan input yang berguna kepada pelajar itu sendiri.

sekian.... :)


No comments:

Post a Comment